Wednesday, November 18, 2009

Bella Luna

You are an illuminating anchor
Of leagues to infinite number
Of crashing waves and breaking thunder
Tiding the ebb and flows of hunger
You're dancing naked there for me
You expose all memory
You make the most of boundary
You're the ghost of royalty imposing love
You are the queen and king combining everything
Intertwining like a ring around the finger, of a girl
I'm just a singer, you're the world
All I can bring ya
Is the language of a lover
Bella luna, my beautiful beautiful moon
How you swoon me like no other...

*syukur syukur*

Sunday, November 8, 2009

Suprise.

ok hari ni aku cuti.besok pun aku ambil cuti. semata2 nak luangkan ms sikit untuk isteri.jarang2 dapat cuti macam ni.selalu aku kerja dia cuti, dia kerja, aku cuti. hari ni special sikit. hari ulang tahun perkahwinan yg pertama.jam mcm ni tahun lepas aku tengah bersiap untuk bersanding.hehe.

jadi hari ni, aku nak masak untuk dia. lepas discuss dengan mak mertua, aku nak masak masakan yg paling dia suka makan.kek pun aku dah tempah.petang nanti ambil.

selamat ulang tahun perkahwinan yg pertama, sayang.

Saturday, November 7, 2009

Dugaan.

salam.

kadang2 bila aku rasa dugaan terlalu berat dan hampir tercabar kesabaran, aku bersyukur kerana Allah msh kurniakan aku akal waras untuk berfikir.

tak sampai sebulan aku dan sahabat lama berbaik semula, sekarang dia bermusuh kembali. aku betul2 tak faham.

Tapi Allah maha mengerti.

Apapun, terima kasih untuk 'kau' untuk semua tu.

Friday, October 30, 2009

Aku Sudah Jumpa.

Pernah tak kau jumpa seseorang yg bila kau pandang saja muka dia, kau tiba2 jadi gembira?
atau,
bila kau bercerita mengenai dia, mata kau jadi bercahaya.
atau,
bila kau fikirkan saja mengenai dia, masalah kau hilang.

kau mahu jadi yg terbaik untuknya.
kau mahu dia bangga.

dan setiap kali kau bersama dia,
engkau rasa,
perkara yg lain tidak lagi penting.

aku sudah jumpa seseorang itu.

Wednesday, October 28, 2009

Berhenti.

Aku sayang dia.kalaulah aku boleh cari perkataan yg sesuai untuk aku gambarkan betapa sayangnya aku pada dia.aku terima kelebihan dan kekurangan dia. dengan harapan suatu hari nanti aku dan dia, dua2 sama2 menghuni syurga Allah.kadang2 aku tak dapat sediakan apa yg dia nak.kadang2 aku tak mampu menbahagiakan dia.tapi setiap hari aku tak pernah berhenti cuba untuk menjadi suami yg terbaik untuk dia.

dia bukan perempuan sempurna.

dia banyak kelemahan.

tapi,

aku mintak jgnlah hatinya disakitkan lagi.sebab aku rasa sekali sakitnya.

berhentilah.

dari terus mencari silap dia.kerana semakin jauh kau cari,nanti kau hanya jumpa betapa istimewanya dia.

Tuesday, October 20, 2009

A Good Fight

Biasanya aku akan diam. sakitnya rasa bila bertengkar dengan org yg aku sayang. sakitnya rasa bila org yg aku sayang keluarkan kata2 yg aku taknak dengar.

Biasanya aku akan diam.


Dan manisnya adalah bila lepas solat jemaah, dia datang. sambil tangan kesat kasar ini dikucup, dia pohon keampunan.

Kau taktahu wahai isteri, biar aku sakit dalam hati, tapi untuk kau, sejuta maaf pun aku sanggup beri.

Friday, October 16, 2009

Katak

takde niat lain. aku beli ini sebab ia mengingatkan aku pd suri hati.titik.bila aku hadiahkan pada dia,dia kata 'sampai hati!mentang2 i dah gemuk, boros lagi pulak.u bg i tabung katak!

macam yg aku cakap tadi.takde niat lain.heehe.

Saturday, October 10, 2009

The Pelik Pelik

hari ni adalah hari yg ke tigaratusenampuluhlima hari aku dengan dia sah jadi suami isteri. tahniah kepada aku kerana berjaya hidup dan survive.peace. aku janji akan make overkan bilik kami sempena anniversary ni. sesuatu dah terbayang dalam kepala. tunggu aku realisasikan nanti. hadiah besday dah setel sekarang hadiah anniversary pulak. aku sangkakan dia akan mintak benda2 yg menjadi kesukaan dia.dalam kepala mmg dah terbayang handbag,kasut,perfume segala macam barangan pelik kegilaan wanita, tapi dia selamba je kata

"bee, kali ni i nak apa2 sj yg berunsurkan owl..."

terdiam aku sekejap. precisely dia nak flip flop solar bentuk burung hantu.puas aku cakap benda tu tak wujud tapi dia kata

"ada la bee!dah nampak ada dah.diha dah beli!kat melaka..."

ok.diha kalau kau terjumpa aku nak beli.kes urgent ni.

officemate kata try cari kat mudah.com.dalam hati aku kata ada ke benda tuh jual online?so pg la kat mudah.com and.... BEHOLD!!




untuk kamu sayang! abang dah jumpa ini.nasib baik murah. sekarang ni tunggu nak sampai je benda ni kat rumah. aku rasa akulah lelaki paling hebat bila dapat membuatkan perempuan yg paling aku sayang, bahagia.kau tahu tak cabaran beristerikan wanita yg berfikir diluar kotak?setiap hari adalah sesuatu yg baru.

selamat ulang tahun cinta yg pertama,isteri.




[untuk Bunga dalam hati aku]

Thursday, October 8, 2009

Dunia Lebih Berseri 26 Tahun Kau Menemani...




Tuhan,
semoga wanita ini sentiasa mendapat kasih sayang MU...

Tuhan,
semoga wanita ini bahagia seperti dia selalu mambahagiakan aku...

SELAMAT HARI LAHIR,ISTERI..
Dunia lebih berseri 26tahun kau menemani...




Monday, October 5, 2009

Insyaallah sayang,Insyaallah...

Allah berfirman : "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya " (Al-Baqarah 2:45-46)

sayang,
Allah dah janji... janji dalam kitab unggul dan paling suci. biarpun berat, kita kena redha. insyallah sayang, suatu masa nanti, masa yang Allah dan janjikan pada kita..

Allah maha mengetahui...
akan apa yg tidak kita ketahui...

Friday, September 25, 2009

Pertama Syawal 1430H



alhamdulillah
syawal pertama sebagai suami berjaya aku lengkapkan dengan sukses.
ye,anggaplah ia sukses.
aku rasa tanggungjawab wajib dan sunat malah yg makruh dah pun aku laksanakan.

mungkin aku rindukan seseorang.
mungkin juga tak.

ye.

mungkin juga tak.

Tuesday, September 15, 2009

Sesungguh Mood Raya!

kenapa cuti aku terpisah-pisah?
dua hari je?
ingat cukup ke?
ok mungkin cukup
tapi kalau tanya pada surihati
jawapannya
TIDAK CUKUP!